Baru pagi tadi Mia dapat membelek blog Xila walaupun sudah beberapa hari Xila inbox fanpage Mia. Terima kasih sudi bersabar...

Kisahnya begini...

Xila dah cuba buat sendiri tabber widget namun tidak berjaya. Dia juga dah bertanya pada Deno dan rujuk entri Mia troubleshooting blog Deno di SINI dan SINI. Ternyata masih gagal lagi. Bagi Mia, ini kes baru dan perlukan perhatian yang lebih.



Maka pagi tadi dengan keadaan yang segar selepas bangun tidur, Mia pun tengok widget di blog Xila satu-persatu selepas meletakkan coding tabber widget (ikut tutorial SINI) dan beranggapan mesti ada salah satu daripada widget di blog Xila yang menghalang paparan tabber widget.

Coding tabber widget Mia letakkan di ruangan HTML/Javascript supaya ada 3 tab untuk Social Medium, Bloglists dan Busuk seperti yang Xila nak buat.


Selepas itu, didapati tabber widget masih gagal dipaparkan.

Maka bermulalah aktiviti Mia buat troubleshooting satu-persatu widget di blog Xila sehinggalah berjumpa dengan widget Busuk.

 


Apabila Mia buang sahaja widget Busuk tadi, maka terpaparlah tabber widget di side bar blog Xila.



Alhamdulillah... selesai sudah troubleshooting blog Xila. Kepada blogger-blogger lain yang ada masalah seperti ini, jangan panik. Boleh cuba ikut cara penyelesaian seperti di atas ini. (^_^)

suka aktiviti troubleshooting.... boleh tambah pengalaman...