Sebenarnya agak sedih Mia nak tulis entri ini. Nak-nak bila cerita bab azam yang tidak tercapai. Namun begitu, Mia cerita jugalah. Harap azam ini akan tercapai pada tahun hadapan.


Peningkatan kerjaya kepada gred 41 setaraf dengan kelulusan Ijazah Sarjana Muda masih lagi tidak berjaya walaupun dah buat banyak permohonan. Sedih ni. Biasalah, kalau pengambilan baru jawatan tentu akan lebih utamakan pemohon yang baru lepas graduasi. Kita ini, dah tua-tua baru nak mohon, memang harapan agak tipislah walaupun keputusan cemerlang. Kalaulah di tempat kerja sekarang ada gred kenaikan pangkat, sudah tentu Mia tidak perlu susah payah mohon di tempat lain. Sedih ni.  Diakui memang susah nak mohon jawatan di dalam sektor awam, terpaksa bersaing dengan yang lain. Tahun depan, 2014, Mia akan cuba lagi buat permohonan baru dan berusaha mencari jawatan kosong di mana-mana agensi dan jabatan kerajaan.


Hati ini sentiasa meronta-ronta nak sambung belajar. Tetapi komitmen masa dan faktor kewangan banyak mempengaruhi supaya Mia tangguhkan dulu hajat di hati. Nampak gayanya tahun hadapan, kalau masih tidak dapat peningkatan kerjaya kepada gred 41, rasanya lebih baik Mia sambung lagi belajar ke peringkat yang lebih tinggi yang lebih menjurus ke arah bidang pendidikan. Itulah jiwa Mia sebenarnya. Jiwa seorang pendidik. Memanglah nampak macam mudah bila sambung belajar, itupun kalau sepenuh masa. Cubalah separuh masa, mahunya tidak terkejar komitmen kerja, keluarga dan belajar. Hanya yang tabah, kental dan bersemangat waja sahaja yang boleh hadapinya.

Nampaknya... itulah azam besar Mia tahun ini yang tidak tercapai. Harap dapat tercapai juga salah satu atau kedua-duanya pada tahun hadapan...

luahan perasaan yang sedih....