Rasanya ramai yang dah jadi Ahli Hinode Shop, bukan? Mia baru saja jadi ahli dan dapat Friendly Card. Selepas ini, dah bolehlah nak beli barang-barang yang kita berkenan. Satu barang RM5. Tetapi ada juga yang mahal. Anak patung harganya lebih RM5.

Sofea nak beli call bell. Katanya nak buat main di rumah. Suami Mia pula nak cuba beli minyak wangi kereta yang boleh digantung. Beli yang guna sahaja. Mia tak beli apa-apa untuk diri Mia.

Beli barang RM10 baru dapat 1 point. 10 point boleh tebus satu barang RM5. Lama juga nak kumpul ni. Bukannya selalu beli barang kat kedai ini...

tambah lagi koleksi member card kat dalam purse Mia.... huhuhu