Sofea ke taska sekarang bawa botol air. Bagus botol air ini jenis Swordman dan yang paling penting sekali ada BPA Free. Memang Sofea tak habis minum bila ambil dia dari taska selepas Mia balik kerja. Tidak mengapa asalkan dia ada minum.

Kalau air masak susah sedikit nak diminum. Tetapi kalau air manis laju betul dia minum.

Botol ini digunakan khas untuk air masak sahaja. Nak galakkan Sofea minum air masak dengan botol ini. Senang dia nak minum sendiri...  (^_^)

ayahnya belikan kat JUSCO Bukit Indah...