Kadang itu kita ada mood nak komen entri bila berblogwalking ke blog lain. Akan lebih mesra dan rapat dengan tuan punya blog. Tetapi kadang itu ada rasa macam terganggu sedikit bila ada comment moderation yang membuatkan kita terasa macam bengang kerana terpaksa nak masukkan nombor atau perkataan yang tertera bagi mengelakkan comment spamming.


Contohnya macam printscreen di atas ini, nasib baiklah keluar nombor. Senang sedikit Mia nak masukkan. Kalau keluar huruf-huruf yang senget dan tidak jelas, memang payah nak teka huruf apa. Jenuh dan mengambil masa sedikit di samping emosi kita agak terganggu dan mood boleh berubah serta-merta.

Bagus sebenarnya comment moderation, tapi cara yang ini kurang disukai oleh pengunjung blog. Mia lebih suka comment moderation yang komen kita akan dipaparkan selepas diluluskan oleh tuan blog.

Sekadar perkongsian dan pendapat dari Mia. Semua blogger berhak ke atas blog masing-masing. Cuma, Mia nak sentuh sedikit tentang perasaan pengunjung yang kadang kita tidak sedari. Perasaan dan mood pengunjung juga harus diambilkira. (^_^)

inilah dilema utama nak komen entri di blog lain....