Bila dah ada blog, kenalah jadi seorang yang positif. Buat entri di blog pun biarlah berunsurkan positif barulah pengunjung suka nak datang. Akan terasa cerianya blog kita nanti. Satu lagi pengaruh blog sekarang ini sangat besar, boleh menjadi ikutan kepada pengunjung. Kena sentiasa berhati-hati ketika menulis blog dan pastikan mesej yang hendak disampaikan haruslah jelas dan secara positif supaya tidak menyinggung mana-mana pihak atau orang lain.

Kenapa ya Mia katakan begitu? Sebab dari penulisan positif kita ini lah, pengunjung boleh jatuh hati dan terpikat dan terus asyik nak datang sahaja. Secara tidak langsung turut mempengaruhi mood pengunjung supaya selesa dan senang bila lepak di blog kita.

Bayangkan kononnya kita pergi ke satu blog. Penulisannya ada unsur negatif, tentu kita rasa tidak seronok nak baca dan terus nak buka blog lain, betul tak? Rasanya tentu faham negatif yang macam mana, bukan? Macam ceritakan keburukan dan keaiban orang, kisah yang belum tentu sahihnya, gossip liar, penggunaan ayat yang kurang sopan ketika menulis dan lain-lain lagi. 

Nampak tak? Betapa pentingnya penulisan yang positif untuk tatapan pengunjung. Blog ini ibarat pengganti diri kita ini dalam dunia digital yang tersangat luas. Ironinya, mencerminkan keperibadian dan ketrampilan diri seorang blogger.

Jadikan dunia blog ini penuh dengan penulisan positif yang dapat membantu dan menceriakan pengunjung mencari maklumat di blog kita. Walaupun entri di blog kita ringkas mana pun tetapi jika ianya positif tentu akan bagi impak yang besar kepada pengunjung. Menulis dari hati yang ikhlas, penuh penghayatan dan luahan tersendiri.

Sentiasa positifkan diri.. Bila kita positif, penulisan blog juga akan jadi positif dan pengunjung pun akan rasa positif. Akan wujudnya komuniti yang positif..... barulah aman dunia blog ini...

entri membebel ni... rasanya... huhuhu...