Hari ini Mia wakil Bos Mia hadir ke satu mesyuarat di MARDI Serdang. Bila jumpa dengan rakan sejawatan di agensi berlainan bawah kementerian yang sama, dapat jugalah berborak. Mia jumpa blogger Alycia selaku urusetia mesyuarat ini. Sibuk betul dia.

Memandangkan ini kali pertama jejakkan kaki ke MARDI, punyalah sesat nak cari Blok A10, pusing punya pusing barulah sampai. Nasib sampai awal. Kiranya Mia sempat sampai jam 9.00 pagi.





Habis sahaja mesyuarat dan selepas jamuan makan, Mia terus balik ke Johor Bahru. Rasa risau sangat kat Sofea yang baru sembuh dari demam...

 baru sempat update blog... (^_^)