Pertama kalinya, Mia nak ucapkan tahniah pada blog Denaihati dianugerahkan “Best Personal Blog 2013” oleh Blogrrr.my seperti yang dinyatakan dalam entri SINI.

Yang paling mengharukan Mia dalam entri tersebut ada juga senaraikan Top 7 Best Personal Blog Malaysia dalam ranking Alexa Malaysia pada 30/12/2013, boleh klik SINI untuk lihat sepenuhnya.

Syukur sangat. Mia berada di tempat ketiga dan Eraz berada di tempat kelima. Bukan senang nak sampai ke tahap ini. Terima kasih sangat-sangat kepada pengunjung blog ini yang sudi bertandang tanpa jemu. 

Kejayaan ini kejayaan anda semua kerana andalah yang mewarnai dan memeriahkan Mialiana.com. Tanpa anda tiada maknalah Mialiana.com ini. Sayang sangat kat anda semua. (^_^)

 penghargaan yang cukup bermakna buat Mia.... hampir mengalir air mata ni....