Ironinya, kita telah sedia maklum kadar tol akan dinaikkan bermula 1 Januari 2014 di antara 50 sen sehingga RM2. Memanglah berita yang begitu tidak menggembirakan. Memberikan impak besar kepada pengguna yang menggunakan lebuh raya setiap hari.

Mia kongsikan di sini, maklumat harga baru tol di 15 lebuh raya di seluruh negara.


Senarai Kadar Kenaikan Harga Tol Yang Baru
Lebuh raya Sungai Besi Besraya : RM 1.30 kepada RM 3.00
Lebuh raya NPE : RM 1.60 kepada RM 2.50
Lebuh raya Damansara Puchong (LDP) : RM 1.60 kepada RM 2.60
Lebuh raya Akleh : RM 1.50 kepada RM 2.50
Lebuhraya Kajang SILK : RM 1.00 kepada RM 1.80
Lebuh raya KL-Putrajaya (MEX) : RM 2.50 kepada RM 3.80
Lebuh raya Kajang-Seremban (Lekas) : RM 1.90 kepada RM 2.50
Lebuh raya trafik KL Barat (Sprint) : RM 1.50 kepada RM 2.80
Lebuh raya Pantai : RM 1.50 kepada RM 3.00
Lebuh raya SKVE : RM 1.50/kilometer kepada RM 1.80/kilometer
Lebuh raya Koridor Guthrie (GCE) : RM 1.40 kepada RM 2.00
Lebuh raya SMART : RM 2.00 kepada RM 3.00
Lebuh raya Damansara : RM 1.00 kepada RM 2.50
Lebuh raya Kiara : RM 2.00 kepada RM 4.00
Lebuh raya Utara Selatan (PLUS) dan Lebuhraya Senai - Desaru : Mengkaji kenaikan tol

Sumber : SINI

Nampaknya kita kena pandai berjimat cermat mulai tahun hadapan. Kalau tidak, boleh terlebih belanja nanti... huhuhu

selepas ini tidak tahulah, apa yang naik lagi...