Rasanya dah ramai blogger juga tanya Mia bagaimana Mia update blog guna handphone. Nampaknya Mia akan jawab persoalan tersebut melalui entri ini.

Macam inilah Mia update blog secara mobile dengan menggunakan handphone Samsung Galaxy Note 3. Mia akan gunakan browser Google Chrome untuk login ke Blogger dan update blog seperti mana Mia gunakan laptop ataupun guna komputer desktop.

Printscreen masa update entri SINI.

Mia sudah tidak percaya lagi mana-mana aplikasi android blogger kerana dikhuatiri semasa update ada coding lain yang disertakan tanpa kita sedari sehingga mengakibatkan feed blog ini bermasalah teruk pada tahun lepas. Mujur dapat troubleshooting masalah feed blog dengan cepat. Jenuh juga nak tengok coding entri pada masa itu.

Jemput tengok entri ini juga...

Sejak itu, Mia hanya gunakan browser sahaja di handphone. Tiada lagi masalah sehingga sekarang. Lebih senang dengan Note 3 dan lebih mudah menaip entri dengan S-Pen... Puas hati betul.

harap perkongsian ini dapat membantu blogger-blogger lain..... (^_^)