Kata orang penantian suatu penyiksaan. Teruk betul Mia ni. Selagi tak siap, selagi itu tidak tenteram. Kelmarin Mia ada hubungi Pegawai Penyiasat di Balai Polis Skudai untuk menyemak keputusan kes kemalangan dengan lori minggu lepas. Risau juga kalau tak selesai. Beberapa minit selepas itu, pegawai tersebut menghubungi Mia dan mengatakan kes dah selesai dan sudah boleh ambil dokumen yang berkenaan. Terus cepat-cepat beritahu Suami Mia berita gembira ini.

Semalam pagi kami ke Balai Polis Skudai dan mengambil dokumen yang berkenaan termasuk laporan polis pemandu lori itu, rajah kasar kemalangan, gambar dan keputusan kes kemalangan. Agak lama juga menunggu, tetapi tidak mengapa asalkan semuanya lengkap.



klik pada gambar untuk besarkan

Pemandu lori itu telah disaman dengan RM 300 di atas kecuaiannya memandu lori dan kereta Mia dah boleh masuk bengkel esok untuk dibaiki menggunakan insurans lori itu. Memang lambat proses third party claim, nasib baik bengkel yang nak buat kereta Mia ini boleh siap repair dalam masa seminggu. Leganya.

ada hikmahnya Mia outstation ke Melaka minggu depan....