Agak lambat sedikit Mia nak update kat blog tentang kisah shopping minggu lepas di Kuala Lumpur. Sehari selepas shopping kat SOGO, Mia dan Lela singgah di Jalan Tuanku Abdul Rahman (TAR) sekejap sebelum pulang ke Johor Bahru. Mia cuma beli 2 helai pasang yang harganya RM 10. Kena pandai pilih yang dalam longgok itu. Lela pun beli juga kain pasang RM 10 dan skirt labuh.


Baru sempat ambil gambar hari ini sebab nak hantar tempah jahit baju kurung tadi. So sweet...

tambah koleksi baju kurung pelan-pelan untuk tahun ini...