Macam biasalah bila dah sampai Kuala Lumpur dan dah check-in Premiera Hotel, Menara MARA mulalah nak jalan-jalan sedikit. Turun sahaja ke tingkat 6, di Dewan Utama ada pula Karnival Pendidikan MARA 2014. Maka, Mia pun jalan-jalan dengan Lela dari booth ke booth sampailah ke booth Open University Malaysia (OUM) dan ambil brochure dan kos pengajian PostGraduate. Memang hati ini, sentiasa meronta-ronta nak sambung belajar ke peringkat Master. Dapat belek brochure pun jadilah. Buat lepas rindu.

Dah puas jalan-jalan kat ruang Dewan Utama, kami turun ke bawah pula. Rupanya, kat bahagian bawah lagilah meriah. Ada aktiviti menarik dan paling terpaut pada lukisan-lukisan yang berseni. Tersentuh rasa hati ini. Mia memang minat sangat dengan aktiviti seni. Suka tengok orang melukis.

Jom tengok gambar...








suka belajar....