Beginilah kisah Mia makan sate selepas pulang kerja sementara nak menunggu Sofea habis sekolah sesi petang. Tidak dinafikan memang sate menu favourite Mia. Tetapi tidak boleh selalu makan. Dalam sebulan ada lah dalam dua atau tiga kali Mia makan sate itupun ketika stres dengan kerja. Kiranya dengan makan sate ini sedikit sebanyak dapat menenangkan Mia. Lokasi makan sate selalunya di Warung Tok Janggut, Taman Seroja, Johor Bahru. Berdekatan dengan pejabat Mia.


Makan tak banyak sangat. Buat rasa-rasa tekak. Selebihnya bungkuskan untuk Sofea. Oh ya... diam tak diam... banyak juga Mia kongsikan entri sate di blog ini. Tidak boleh nak buat apa dah... dah memang menu favourite. Sedap...



Entri berkaitan :