Alhamdulillah... Mia dan Sofea sihat walafiat. Syukur sangat Mia hari ini baru dapat mencoretkan sepatah dua kata di blog yang telah bersarang setahun lamanya. Mia tidak ke mana-mana pun. Ada je ni. Bukannya abaikan blog cuma masa itu sangat mencemburui Mia untuk update blog ini.
Selamat pagi dan apa khabar semua? Diharap sihat-sihat belaka semua pengunjung blog ini. Sungguhpun tiada entri baru di blog ini namun blog ini mendapat kunjungan trafik yang konsisten dari semua. Terima kasih banyak-banyak sudi bertandang ke blog ini.
Oh ya.. sebenarnya banyak content yang Mia nak update ke blog ini tetapi kekuatan nak update blog asyik diuji dengan pelbagai rintangan. Pagi ini Mia gagahi juga dan hasilkan entri pertama untuk tahun 2026. Masa berlalu begitu pantas. Banyak perkara dan aktiviti telah berlaku dalam setahun dua ini. Hidup perlu diteruskan dengan ceria dan bahagia.
Macam banyak yang dicoretnya, tetapi apabila jari-jemari mulakan menaip di keyboard ini nampaknya sampai setakat ini coretan pagi ini. Kata orang, kayuh perlahan-perlahan. Lama-lama nanti dah biasa semula, akan lebih mudah nanti.
**psttt.. rindu kat blog ini..





5 Comments
selamat pagi kak...
ReplyDeletemoga sihat2 selalu
selamat malam adnil... alhamdulillah kak mia sihat walafiat.
DeleteWelcome back! Marilah kita bersama-sama merajinkan diri, saya pun tenggelam timbul dalam dunia blog ni. Kadang entry2 dalam draf terus berkubur haha
ReplyDeleteJauh Kak Mia kursus tu. Dari Selatan ke Utara. Harapnya semoga baik-baik je dan dipermudah segala urusan Kak Mia. Bila dah lama tak menulis blog rindu pasti bertandang. Kalau sehari pun dah rindu, inikan dalam tempoh yang lama kan.
ReplyDeleteBetul, masa begitu cemburu..dari kita megatur masa ..Tahniah ..senang jumpa blog kembali bernafas..Mia di rindui dalam dunia blog..Welcome Back..
ReplyDelete