Alhamdulillah... Mia dan Sofea sihat walafiat. Syukur sangat Mia hari ini baru dapat mencoretkan sepatah dua kata di blog yang telah bersarang setahun lamanya. Mia tidak ke mana-mana pun. Ada je ni. Bukannya abaikan blog cuma masa itu sangat mencemburui Mia untuk update blog ini.

Gambar semasa Mia sedang berkursus di Hotel Sentral Seaview, Pulau Pinang


Selamat pagi dan apa khabar semua? Diharap sihat-sihat belaka semua pengunjung blog ini. Sungguhpun tiada entri baru di blog ini namun blog ini mendapat kunjungan trafik yang konsisten dari semua. Terima kasih banyak-banyak sudi bertandang ke blog ini.

Oh ya.. sebenarnya banyak content yang Mia nak update ke blog ini tetapi kekuatan nak update blog asyik diuji dengan pelbagai rintangan. Pagi ini Mia gagahi juga dan hasilkan entri pertama untuk tahun 2026. Masa berlalu begitu pantas. Banyak perkara dan aktiviti telah berlaku dalam setahun dua ini. Hidup perlu diteruskan dengan ceria dan bahagia.

Macam banyak yang dicoretnya, tetapi apabila jari-jemari mulakan menaip di keyboard ini nampaknya sampai setakat ini coretan pagi ini. Kata orang, kayuh perlahan-perlahan. Lama-lama nanti dah biasa semula, akan lebih mudah nanti.

**psttt.. rindu kat blog ini..