Hmmm... tak tahu nak cakap macamana.... Selepas sarapan pagi di kantin, Mia singgah Bahagian Promosi. Kak Aida panggil, katanya ada hal sedikit. Tup-tup bila dah sampai tempat dia, dia beri hadiah comel ini kat Mia. Eeee sukanya tak terkata. Esok birthday Mia, hari Thaipusam kan tak kerja... Jadi, Kak Aida beri hari ini. Gembira sangat. Tahun lepas, Kak Aida bagi hadiah frame besar kat Mia. Tahun ini pula kerongsang yang cantik...






Terima kasih banyak-banyak ya Kak Aida. Mia memang rapat dengan Kak Aida, dah anggap dia macam kakak sendiri. Ibu kepada 3 orang anak ini memang amat memahami Mia. Sporting betul...

 
Bersama Kak Aida semasa Technical Visit 7th International Pineapple Symposium 2010 event