Hari Isnin 3 Januari 2011, hari yang amat dinanti-nanti oleh ramai pemegang saham ASB. Apa tidaknya mesti tak sabar-sabar nak tengok dapat berapa. Dividen ASB 7.5% + Bonus 1.25%. Memang boleh kira sendiri tapi macam tidak puas selagi tidak dicetak di buku ASB. Mia pun tidak ketinggalan dan memang dari pagi nak ke bank CIMB Bandar Baru UDA di depan pejabat Mia. Sebelum ini, Bank CIMB ini beroperasi di Plaza Angsana. Pejabat Pos? Ohhh tidak. Tentu lagi ramai orang dan penuh sesak.

 
Mia keluar office sekejap dengan izin. Sampai-sampai sahaja, punyalah susah nak parking. Ada bank lain berhampiran, RHB dan AmBank. Akhirnya dapat juga parking depan AmBank. Mia jalan kaki sedikit ke CIMB, dan terus cepat-cepat ambil nombor. Terkejutnya Mia dapat nombor 2090 dan nombor yang sedang dipanggil ialah 2024. Jauhnya.. Nampak gaya memang tidak boleh tunggu... terlalu lama. Nombor pun lambat jalan, 1 kaunter sahaja untuk urusan ASB. Anggaran dalam pukul 2.++ petang, nombor Mia baru dipanggil. Ramainya orang di di dalam dan luar bank. Kena berdiri, tempat duduk dah penuh. Isshh... Mia balik office dahulu. 

Lepas pukul 2.00 petang, suami Mia datang dan ambil Mia untuk pergi CIMB.  Tunggu lama juga. Dalam pukul 3.10 barulah nombor Mia dipanggil. Dapat juga keluarkan sedikit duit dan kemaskini buku ASB. Setelah selesai, Mia cepat-cepat kembali ke office.



p/s: simpan sikit-sikit lama-lama jadi bukit...