Hmmm... Mia sudah tukar background blog ini sempena penukaran daripada blogspot ke domain dot com. Mia masih mengekalkan konsep warna coklat keemasan dan kuning. Gambar background pula masih lagi daun kering. Nampak abstrak dan elegan digabungkan dengan kehitaman sedikit. Gambar background diambil dari google.


Header pun turut ditukar. Baju pengantin kali ini adalah kostum persandingan kami. Posing jangan tak posing. Di atas pelamin, seperti merpati sejoli. Ish! perasan pulak. Apa-apa pun ia nampak sesuai dipadankan dengan background yang dipilih. Menarik tak?


Diharap pengunjung blog ini tetap akan ceria dan suka membaca entri-entri Mia dengan penukaran background baru ini.

Senyum... senyum... dan tetap senyum...