Hmmm.. memandangkan Sofea sekarang sudah aktif berlari dan memanjat di dalam rumah, takut bila tercuai dan terlalai sekejap, mungkin akan berlaku kemalangan kecil yang tidak diingini. Perabot rumah pula, bucunya tajam-tajam belaka. Langkah pencegahan perlu dibuat dengan memasang Small Corner Cushions untuk menutup bucu-bucu perabot di dalam rumah.



Mia beli semalam di Jaya Jusco Bukit Indah waktu rehat tengahari dengan Lela. Sweet je. Harganya hampir RM10.00.  Ada macam-macam jenis design tapi Mia berkenan sangat dengan yang ini. Lembut dan bulat.

Balik je rumah, mula lah nak pasang. Amboi... si kecil pun turut sama nak bantu. Sibuk betul Sofea seboleh-boleh nak buat juga. Bila Mia dah siap pasang, asyik nak usik je benda yang cute ni. Leganya selepas siap operasi ini... nasib kuat lekatnya... Terfikir juga rumah orang lain buat macamana ya.. kalau ada anak kecil...







p/s :  Sofea sedang sakit mulut ketika ini... bibir pecah-pecah dan panas dalam...