Hari ini, Jumaat, ketika semua sedang sibuk menyiapkan kerja, tiba-tiba Lela berkata. "Eh! Jom makan limau, ada sekotak lagi ni". Adusss... hampir terlupa pula. Ingatkan dah habis. Rabu lepas dah kenduri  2 kotak. "Have a break, have oranges!". 

Apalagi jom serbu makan. Tak semua manis, ada yang masam juga. Peliknya, limau-limau yang Akram makan, asyik manis rasanya. Tanya punya tanya... rupanya ada cara untuk memaniskan buah limau ni. Nak tahu tak? Jom tengok gambar-gambar ni... zasss...










Tak susah sangat, cuma perlu tekan limau sedikit dan gelekkan 360 darjah. Terpulang... boleh dibuat sebelum atau selepas kupas atau kedua-duanya sekali. Nanti air limau akan rasa manis. Cubalah. Kalau rasa masam juga, memang tidak boleh buat apa... Tapi kebanyakkannya boleh berjaya dimaniskan (mengikut teori).

p/s : hilang sekejap tensen kerja. terasa juga bahang Raya Cina ni...