Ketika sedang jalan-jalan di Giant Bukit Indah petang tadi, tiba-tiba mata tertumpu pada kedai komputer. Seolah-olah terpikat pada objek yang berupa bedak compact ini. Memang menarik. Bila datang dekat, rupanya speaker. Kecil dan comel. Senang dibawa ke mana-mana. Bila hati dah terpaut, dah tak boleh buat apa lagi. Terus dibelek-belek. Bestnya... siap ada built-in re-chargeable Li-ion battery dan boleh disambungkan kepada semua jenis handphone. Wow!

Ada dalam pelbagai warna. Mia pilih warna pink. So sweet. Minta kurang dengan tauke kedai, dapatlah RM60.

Bila balik rumah mak mertua, terus cuba dengan laptop. Bunyi memang surround 360 darjah. Tak pecah. Mia check kat internet search keyword iTour-PoP dan jumpa lah laman web rasmi produk ini di http://www.divoom.com/itour-pop.asp. Rasa puas hati dengan produk ini.

Jom kita tengok produk yang best ini.... zasss....









p/s: bila tengok movie, speaker ini betul-betul power. bestnya...