Hmmm.... tahun lepas, 2010 ramai betul yang praktikal di Unit ICT. Macam-macam ragam, macam-macam karenah. Semuanya 11 orang, 2 daripadanya bukan ICT. Maksud Mia... pelajar praktikal Bah. Perancangan Korporat. Mereka ni semua dari UniKL, Politeknik Dungun, Kolej Poly-Tech MARA, Kolej Komuniti, UiTM Kelantan.

Jom tengok hasil art design yang telah Mia ajarkan kepada mereka menggunakan Adobe Photoshop CS3. Memanglah gambar-gambar tu semua diambil dari internet. Yang penting mereka telah berjaya membuat perubahan dari gambar yang asal dan dapat menggabung banyak gambar dalam satu template dengan effect sekali. 



Kalau asyik buat programming sahaja tentu boring. Lepas ini, nak turunkan hasil kerja mereka. Nak beri laluan pada hasil kerja pelajar praktikal tahun ini pula. Rindunya Mia pada mereka. Sekarang ini ada yang dah bekerja dan ada pula yang melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih timggi.

Hmmm.. sepatutnya ramai pelajar praktikal ICT pada tahun ini. Tapi mungkin last minute tukar tempat lain, tu yang 5 orang yang Mia maksudkan tadi tak jadi masuk. Tak apalah. Yang ada ni cuma 2 orang sahaja. 



Yang kat belakang tu, Hazrik, pelajar UiTM Kelantan jurusan Ijazah Sarjana Muda Sains (Kepujian) Statistik. Mula pada 3 Januari 2011 sehingga 3 April 2011. Projek praktikalnya ialah Sistem SPSS.

Yang kat depan tu, Akram, pelajar Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin jurusan Diploma Teknologi Maklumat dan Komunikasi (Pengaturcaraan). Mula pada 29 November 2010 sehingga 29 April 2011. Projek praktikalnya ialah Sistem Pemilikan Peralatan ICT dan Sistem Kad Rawatan Klinik.

Mia harap mereka dapat menunjukkan prestasi kerja dan komited terhadap projek yang telah diberikan. Belajar menyesuaikan diri di tempat kerja. Good luck!