Inilah lauk kegemaran Mia. Masa mengandungkan Sofea, asyik makan ini sahaja. Memang sedap dimakan panas-panas bersama nasi. Sungguh menyelerakan. Kentang goreng dimasak kicap. Memang dari kecil memang suka makan ni. Boleh juga dimakan bersama roti. Masakan simple ini mudah hendak disediakan.

Mula-mula goreng kentang dahulu. Lepas itu, toskan minyaknya. Kemudian goreng ikan bilis, bawang putih dan bawang besar hingga garing. Tambahkan garam secukup rasa. Masukkan pula kentang yang dah digoreng tadi. Gaul rata dan tambahkan kicap. Ikut suka nak banyak ke sedikit. Terpulang... Akhir sekali, hidangkan di dalam mangkuk. 










Hmmmm.... sedapnya bau.... jom makan...