Hari Selasa, 4 Januari 2011, tiba masa rutin Sofea untuk menjalani pemeriksaan di Klinik Kesihatan Kangkar Pulai. Masa temujanji ialah pada pukul 3.00 petang. Alhamdulillah tidak ramai orang mungkin disebabkan ramai yang menguruskan anak naik sekolah. Kami tidak lama sangat menunggu. 

Berat Sofea sudah mencecah 11.6 kg. Sukanya dia dapat jumpa kanak-kanak lain. Asyik jalan sana-sini, tidak boleh duduk diam. Peramah sangat asyik nak tegur semua orang. Murah dengan senyuman.  Tiba-tiba Sofea, terpandang rak majalah dan terus ambil 1 majalah lantas dibawa kepada ayahnya.

Jom kita tengok Sofea baca majalah dengan ayahnya... zasss...









Sejuk hati tengok Sofea, walaupun tidak faham apa dicakapkannya. Tapi kami tahu dia sedang membaca majalah. Suara dia lantang dan kuat. Selepas nombor dipanggil dan selesai urusan pemeriksaan, kami terus pulang. Sofea hanya diberikan ubat cacing. Bulan depan, perlu buat check-up lagi dengan injection untuk 1 tahun 6 bulan.

p/s : beginilah rutin ibu bapa yang ada anak kecil, kena luangkan masa untuk bawa anak ke klinik kesihatan