Sony Ericsson W705 Dalam Kenangan...

Sayang betul kat handphone ini. Sony Ericsson W705 yang berwarna pink. Sejuk mata bila memandangnya.  Bila difikir-fikir, begitu banyak jasanya. Mia selama ini ambil gambar menggunakan handphone ini. Senang... boleh snap sampai 4 kali serentak. Jadi tentulah dapat tangkap gambar yang perfect  dan tidak bergegar. Daripada 4 snap tentu ada 1 yang perfect. Pilih mana yang sesuai, edit dengan adobe photoshop untuk masukkan watermark mialiana.com dan terus update ke dalam blog.

Handphone ini Mia guna selepas melahirkan Sofea. Hmmm... lama juga. Dah nak hampir 3 tahun. Selama itulah dah 4 kali tukar ribbon sebab asyik terputus. Kesan calar pun banyak akibat terjatuh. Cover handphone longgar dan mudah tercabut sendiri. Kadang-kadang hang, terpaksa cabut bateri dan hidupkan semula. 

Sebab itu Mia rasa memang patut tukar kepada handphone baru seperti dalam entri INI. Harap dengan  adanya smartphone baru ini, gambar yang Mia ambil akan lebih cantik. Lebih-lebih lagi dengan adanya instagram.

p/s: kalau dibetulkan, masih boleh digunakan lagi..