Samsung Galaxy S Advance Menjadi Pilihan Mia

Samsung Galaxy S Advance Menjadi Pilihan Mia


Setelah memikir dan mengambilkira semua pendapat dan cadangan oleh rakan-rakan blogger dan silent reader, Mia telah buat keputusan untuk beli Samsung Galaxy S II. Malam kelmarin, Mia dan Suami Mia telah pergi ke Kedai Maxis di Tesco Bukit Indah. Bila dah sampai kedai, didapati model  Samsung Galaxy  S II sudah tidak ada stok dan yang ada hanyalah model  Samsung Galaxy S Advance dan  Samsung Galaxy Note.

Lama juga hendak buat keputusan. Sebelum itu, Mia ada sms pada Broframestone dan Mak Dara yang sememangnya pengguna tegar Instagram ni. Nasib baik mereka balas sms. Kiranya macam pakar rujuk Mia lah ni.

Antara keperluan dan kehendak, kenalah pilih keperluan. Kalau pilih kehendak tentu Mia nak pakai Samsung Galaxy Note. Kalau ikut keperluan Mia, Samsung Galaxy S Advance sudah mencukupi bagi Mia. Yang penting sekali, apa yang Mia beli berbaloi dengan keperluan Mia.

Keperluan Mia :
  1. Kos dalam bajet, kalau murah sedikit duit tu boleh pergi kepada komitmen lain
  2. Boleh FB, Twitter, Blog, Instagram, Emel dan Skype
  3. Boleh call, sms, mms dan video call
  4. Boleh Wi-Fi dan Bluetooth
Selain daripada itu, untuk edit gambar dan aplikasi lain Mia lebih suka dengan menggunakan notebook. 

Sempat jugalah belajar guna instagram semasa di kedai maxis...



Ribuan terima kasih kepada mereka yang sudi tinggalkan komen di dalam entri Nak Pilih Android Yang Mana Satu Ni?
  1. Cik Beruang (http://nurshifatuzzinnirah.blogspot.com)
  2. David Bong - silent reader
  3. Caliph (http://caliphshuriken.blogspot.com)
  4. Huda (http://missbbydua.blogspot.com)
  5. Husna (http://borak-qs.blogspot.com)
  6. Rapunzeel Cikilolo (http://pari2cumel.blogspot.com)
  7. NurulHanif (http://nurulhanif.blogspot.com)
  8. Mak Dara (http://www.bicaramakdara.com)
  9. Nur Anis (http://sayanuranis.blogspot.com)
  10. Uncle (http://inibloguncle.blogspot.com)
  11. Cik Atie (http://mutiaralife.blogspot.com)
  12. MiszNorul (http://misznorul.blogspot.com)
  13. Cik Rongoks (http://ikapukpuk.blogspot.com)
  14. Fasham (http://fasham87.blogspot.com)
  15. Salhah (http://ceritasukasuki-nuri.blogspot.com)
  16. KinNgah - silent reader
  17. MakLady (http://blogdearlady.blogspot.com)
  18. Muttaliff (http://i-think-of.blogspot.com)
  19. Nurul Akmal (http://www.siezuka.com)
Dah lebih satu hari Mia guna Samsung Galaxy S Advance. Ternyata amat memenuhi citarasa Mia dan Mia masih lagi explore. Bestnya... game kegemaran untuk Sofea pun dah install, Talking Tom dan Angry Birds.

p/s: belum sempat Mia update dalam blog, Broframestone dah pun buat entri dahulu semalam. Klik SINI (http://www.broframestone.com/2012/06/pengaruh-instagram-sampai-blogger-sanggup-beli-smart-phone/).

Post a Comment

72 Comments

  1. bestnyer..saya pakai samsung galaxy W je..tapi android tetap best,,my sis baru beli samsung S advance..cam ok jugak.. now saya tengah berkira2 nak beli galaxy tab..senang nak online kat mane2..hehe..coz kdg2 malas nak bukak laptop..hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. ooo bagus tu. tab memang bagus cuma kurang sesuai dengan mia. kalau suka, beli je.

      Delete
  2. Replies
    1. tu la kan? kat mana2 sekarang dah ada wi-fi... penting juga wi-fi ni..

      Delete
  3. Wahh.. Bestnya! :) Yang penting ada blog, skype, instagram, twitter! wkwkw :D haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. uikkkk hehehe.... haah.. tu je yang penting buat masa sekarang... senang nak tengok2..

      Delete
  4. wah bestnye...ibu pun tgh mncari mn 1 yg sesuai..cukup2 untuk keperluan jer..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau gitu, pilih s advance saja.. memang cukup2 untuk keperluan. setakat ni mia puas hati dengan model ni.

      Delete
  5. ok. beli berdasarkan keperluan adalah berbaloi..

    ReplyDelete
  6. icumm pon beli samsung galaxy s advance..mula ingt nk ambil sII jgak...tp yg s advnce ni okei...memnuhi citarasa mmg advnce la :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. S II pun ok juga. cuma stok dah takde. nak kena order baru boleh dapat. huhuh

      Delete
  7. hehehe.. Samsung Galaxy S Advance ni pilihan atie jugak sebelum beli SII hari tu... hehehe... tapi, xpe.. asalkan dapat penuhi ape yang kiten nak n keperluan kite ok la tu kan... hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah... yang penting memenuhi keperluan dan dalam bajet kita.

      Delete
  8. android memang menarik tapi masih tak dapat explore lagi... hehehe anyway, thanks add PaPa Blogger... huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya. sangat menarik... terasa kerdilnya diri ini. sama2..

      Delete
  9. waaa bestnya..ini mendatangkan kejelesan diri ini hahahha..tapi kalau beli boleh manfaat kan macam-macam perkara kiranya berbaloi lah pembelian mia tu....

    ReplyDelete
    Replies
    1. uikkk uncle.. jgn jeles.. alhamdulillah.. sangat2 berbaloi..

      Delete
  10. terbaik... android user dah semakin ramai kat malaysia... senang nak share atau rujuk apa2 problem...
    yang penting keseronokan.... terbaekkk

    ReplyDelete
  11. asalkan mudah dan mencukupi ....yer dak ?

    ReplyDelete
  12. Good Choice and enjoy the application... Android indeed a great competitor to iPhone... David B.

    ReplyDelete
  13. salam hye sis..
    atie pun pengguna generasi galaxy S ni..
    mmg terbaik la kak!!sumer pun boleh...heee

    ReplyDelete
  14. Salam Puan Mia,

    Tahniah Kerana Sudah Memiliki Android. :) mmg senang untuk menggunakannya. Terima kasih juga kerana menyenaraikan nama taliff dalam entri. Terharu (T_T)

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih ya... taliff banyak memberi pandangan dan pendapat...

      Delete
  15. saman ngan saya... GALAKSI S... semua ada...

    ReplyDelete
  16. waaa bestnya dah ada hp baru. hehe.. :)

    ReplyDelete
  17. wah!! geng samsung.
    jangan lupa download whatsapp.. blh free chatting n pic sharing..

    ReplyDelete
  18. huhu beli dah ye gud2x...semoga bergumbira dgn hp baru hehe

    http://fa87.blogspot.com/

    ReplyDelete
  19. best best.. kt masih setia dgn bb hehe..

    mia, alycia blum emel gmbar lagi la utk sticker tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. takpe... nanti senang2 emelkan ya.. mia dah start buat banner pelan2 ni..

      Delete
  20. x sangka kak mia letak nama sy kt en3 ni, arigatou ^^

    congratz sbb dpt android yg sesuai.. siyes, actually apa yg best sgt instagram tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama2. terima kasih ya caliph....

      instagram tu aplikasi mobile untuk ambik dan edit gambar lepas tu boleh share terus ke fb dan twitter.

      Delete
    2. oic, ada fungsi edit & share yg menarik rupanya.. arigatou utk info :)

      Delete
  21. Apa..?

    Pakar Rujuk....?? jeng jeng jeng...

    ReplyDelete
  22. Replies
    1. Satu sistem telefon atau tablet masa sekarang. Dulu menggunakan Symbian OS atau sebagainya. Tapi sekarang dinamakan Android OS atau android. Ia satu sistem.

      Delete
  23. wah, tahniah Mia.. hebat lah boleh pakai android dah :)
    lepas ni lagi laju lah blogging yer.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. uikkk hehehhe sop. mia baru je ni. terima kasih ya...

      Delete
  24. terbaek...hins..hins...(jeles terserlah disini...)

    ReplyDelete
    Replies
    1. uikkk heheheh... terima kasih waalid... jangan jeles2 tau..

      Delete
  25. salam pn Mia...PLO baru beli samsung advance kelmarin...nak tanya sikit boleh...
    1. clock..creat alarm...malam tadi dah set 6.30am...lepas tu...7.00am pagi tadi saja nak dengar alarm ringtone tu..bila sentuh create alarm...muncul set alarm 7.00am...macam mana nak delete set 7.00am tu...
    2.mengenai sms pula...macam mana nak delete sms inbox...

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam...

      1. ok. kalau nak delete set alarm 7.00am tu, tekan lama kat tulisan tu sekejap dan kemudian lepaskan. Paparan window baru akan keluar yang ada Delete.

      2. klik Messaging macam biasa. Lepas tu perasan tak kat sebelah kiri bawah handphone ada butang kan? Klik situ, akan keluar menu kat bawah. Pilih Delete Threads. Lepas tu tick kan mana sms yang hendak di delete. Sms ini berupa threaded (rantaian) jadi bila delete je, semua sms dalam threaded yang sama akan di delete terus.

      selamat mencuba...

      Delete
  26. wa bestnya kakak mia. kita ni bila la boleh dapat sekor benda alah tu :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh tu puan gojes... bila ada keinginan tentu nanti ada jalannya. tup2 saja dapat milikinya...

      Delete
  27. nk tanya mana lebih baik beli ipad ke tab?baik in terms of mana yg lagi best guna..hehe

    ReplyDelete
  28. apa beza galaxy wonder n s advance ye

    ReplyDelete
  29. akak saya pun tengah survey2 phone. betul ke s advance best? camera dia okei tak? hehe.. bertanya pada pengguna s advance :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. setakat kak mia guna sampai sekarang ok dan tiada masalah.

      Delete
  30. salam.sis nk tya sis.spai skrg sis gne s adv cmna??msh ok lg ke?sy bkenan sgt2 kt s adv ni..klu upgrade ke jelly bean ad mslh ke?men game cmna.laju ke slow?hehe.sy ske men game

    ReplyDelete
    Replies
    1. sampai sekarang masih ok. malah gambar2 dalam blog ini ambil dari handphone samsung galaxy s advance ini..

      Delete
  31. Salam.Nk tnya,s.advanced ni if nk Video call biasa jer tnpa gna internet blh x?
    sb ada pnjual kt kdai ckp xblh.SAMSUNG GALAXY W jer yg blh video call biasa.
    xthu nk percya yg maner satu.Sy mmg bkenan kt hp nih.
    If other than that,kna install application mcm LINE,SKYE for video call.Btl ker??

    ReplyDelete
    Replies
    1. eh.. boleh lah buat video call guna telefon ini. rasanya jika dibanding dengan samsung galaxy w, s advance ini adalah lebih baik dan lebih mahal sedikit dari w. beza sedikit sahaja. lebih baik beli s advance. mia puas hati setakat ini, dan macam2 aplikasi android boleh guna.

      Delete
  32. Kalau blackberry dibandingkan samsung yang mana bagus sis ?

    ReplyDelete