Kenal tak dengan blog Uncle yang mesra dan peramah tu? Sejak kebelakangan ini Mia risau Uncle dah lama tak jenguk blog Mia. Uncle rajin tinggalkan komen di dalam entri-entri sejak jejak kasih di sini. Kisahnya ada dalam entri INI.

Tup..tup...  Aunty buat entri INI di blog Uncle menyatakan yang Uncle kini kurang sihat dan status kesihatan Uncle dalam keadaan yang membimbangkan. Risaunya Mia... rasa macam nak telefon sekarang juga...

Sedutan daripada entri yang aunty buat...

"Dukacita dimaklumkan bahawa beliau kini dalam status "membimbangkan" dari segi tahap kesihatan dan memerlukan masa untuk sembuh seperti sediakala. Dikala ini beliau bersendirian dan gigih menjalani rawatan di sempadan Wang Kelian Perlis.

Jika ada sumbangan ikhlas dari sahabat-sahabat semua, boleh lah disalurkan ke :

1217-0048508-52-1 (CIMB) nama : Shaifful Hairi b Ramli

dibawah ini adalah contoh surat pengesahan dari doktor. Sengaja aunty lampirkan untuk pengesahan semua. Walaupun pada ketika ini beliau menjalani kaedah penyembuhan secara tradisional, tapi beliau masih lagi memakan ubat seperti yang dianjurkan oleh doktor yang merawatnya."


Dulu.. Uncle dah pernah sakit selama 6 bulan. Kali ini sakit semula. Paling membimbangkan Mia. Tolong doakan biar Uncle cepat sembuh ya... dan kepada sesiapa yang sudi menghulurkan bantuan kepada Uncle, diucapkan ribuan terima kasih.

p/s: untuk penjelasan yang lebih lanjut, sila lihat entri yang Aunty buat di SINI.