Terima Hadiah "My Birthday Giveaway 2012" Daripada Blogger Nur

Hari Jumaat lepas, selepas balik kerja kami (Mia, Suami Mia dan Sofea) singgah di Restoren Noor untuk makan roti canai sambil bertemu dengan blogger Nur. Tak sangka juga dekat rupanya Nur tinggal di kawasan Skudai. Memang dekatlah dengan Mia. Selama ini cuma bertegur sapa hanya melalui blog.

Segannya.. muka Mia agak letih, baru balik kerja ni..

Nur memang peramah dan mudah mesra orangnya. Tapi masa terlalu singkat di waktu petang, tak dapatlah nak berborak lama. Kebetulan tengahari Jumaat tu Mia tak makan tengahari, jadi bila dah petang betul-betul dah lapar. Sambil suap Sofea makan, sambil itu berborak dengan Nur.

Alahai, kalau boleh nak lama-lama borak dengan Nur tapi masa tak mengizinkan. Selepas berikan hadiah giveaway pada Mia, Nur pula bagi hadiah comel pada Sofea. Lah.. buat susah-susah aja. Suka betul Sofea. Siap tanya sama ada pokok bunga itu boleh disiram air. Nur sempat ajar Sofea untuk klipkan tisu di bunga. Barulah Sofea faham macam mana nak guna bunga itu.

Mia sungguh gembira dan terharu. Terima kasih banyak-banyak ya Nur, dah lah bagi hadiah-hadiah ini kemudian belanja kami sekeluarga. Baiknya hati Nur..

Nur dengan Sofea. Susah betul nak ambil gambar dengan Sofea. Sofea banyak bergerak dan tak boleh diam... Banyak kali ambil gambar dan inilah gambar yang paling baik dan tak gegar di kamera smartphone Mia...


Sofea dengan hadiah daripada Nur... Terima kasih ya Auntie Nur...


Lepas letih bergambar terus minum milo... tak tengok kiri kanan pun...

Jemput makan roti canai ya....

Hadiah daripada Nur...


p/s: Nur telah pun buat entri tentang kisah ini di blognya, Pertemuan Kali Pertama dengan Pemenang My Birthday Giveaway 2012.