Hari ini yang sangat sibuk bagi Mia. Sofea mula demam lepas pukul 10.00 malam sehinggalah pukul 4.30 pagi baru reda panasnya. Ikutkan Mia nak ambil cuti hari ini, nak jaga Sofea.. tetapi ada kursus pula. Terpaksalah hantar Sofea ke taska juga.

Nampak macam seronok sahaja semasa Mia kursus tetapi di dalam hati ini begitu gundah gulana memikirkan Sofea sepanjang masa. Masa tengahari selama 1 jam, Mia korbankan masa makan untuk pergi tengok Sofea di taska. Badan Sofea masih lagi panas. Tetapi tidaklah sepanas tengah malam tadi. Alas perut dengan roti dan air hundred plus.

Balik ke tempat kursus untuk sesi petang pula, terus terfikir nak kena bawa Sofea ke Klinik Homeopati yang terdekat. Sambil berkursus sambil google di internet. Alhamdulillah, terjumpa juga dengan Klinik Homeopati di Taman Dahlia. Punyalah suka.

Selepas habis kursus, cepat-cepat ambil Sofea dari taska dan bawa ke klinik tersebut. Doktornya sangat peramah dan terus beri ubat berbentuk biji gula-gula dan Sofea terus makan. Selang dalam kurang 10 minit, panas Sofea terus reda dengan cepatnya. Syukur sangat.

ubat demam homeopati (bertanda A dan 1)

ubat krim luka dan gatal homeopati (buat emergency)

Ubat demam yang bertanda A untuk dimakan setiap setengah jam manakala yang bertanda 1 untuk 4 kali sehari. 4 biji untuk setiap kali makan. 

Kos keseluruhan rawatan sebanyak RM35. Tidaklah mahal sangat jika dibandingkan dengan keberkesanannya.  Terasa lapang dada ini.

Baru malam ini Sofea nampak ceria dan dah boleh makan. Walaupun Mia agak keletihan hari ini namun bila demam Sofea beransur pulih, hilang terus rasa letih dan penat. Syukur sangat...

Malam ini Mia masih pantau lagi perkembangan Sofea dan jaga pemakanan ubatnya mengikut jadual. Doakan agar Sofea cepat sembuh... amin...

baru sempat nak update blog ketika Sofea sedang nyenyak tidur dipelukan ayahnya...