Selamat pagi semua. Salam ceria di pagi Isnin dengan Mia bersiaran dari Kuala Lumpur. Alhamdulillah diberi kekuatan untuk membebel bagi menyambung siri bebel tentang blog. Kali ini Mia ada nak beritahu kepentingan pengunjung yang konsisten.

Selama ini kita asyik pentingkan konsisten dalam blogwalking dan update blog. Pernah tak kita terfikir tentang pengunjung yang konsisten? Tentu ada yang tak perasan.

Pengunjung yang konsisten ini bermaksud blog kita akan sentiasa ada pengunjung yang konsisten setiap hari. Boleh jadi trafik yang konsisten dan juga pengunjung yang sama datang ke blog kita setiap hari. Tidak semestinya pengunjung yang konsisten itu datangnya dari kalangan blogger sahaja tetapi boleh jadi sesiapa sahaja di luar sana itu termasuklah silent reader, orang yang tak suka kita (asyik nak tahu perkembangan kita), stalker, orang yang suka datang blog kita (asyik nak tahu apa yang kita update hari-hari) dan lain-lain. Jangan lupa ya, selagi blog kita ini boleh diakses 24 jam sehari dengan capaian internet, tidak mustahil kita juga boleh menerima kunjungan dari orang luar yang bukan dari Malaysia bergantung kepada maklumat yang dicari yang ada di dalam.blog kita.

Dan juga salah satu faktor yang dititikberatkan dalam pengiraan algorithm Alexa dalam mengukur prestasi ranking blog kita ialah bilangan trafik pengunjung yang konsisten. Tidak semestinya perlu trafik yang ribu-riban setiap hari (ini yang terbaik sebenarnya) tetapi jika kita mampu mencapai ratusan trafik yang konsisten setiap hari pun, ranking Alexa boleh juga semakin meningkat. Tak nak lah hari ini dapat 1000 pengunjung, esok pula dapat 300 pengunjung dan lusa pula dapat 500 pengunjung. Ini bukan konsisten namanya. Lepas itu, mampukah kita nak maintain berbulan-bulan lamanya? Terasa cabaran itu agak kuat dan perlu kita hadapi demi memantapkan blog. Memang kita ini personal blogger tetapi jika kita berusaha dengan rajin, boleh capai sebenarnya. Kalau susah nak capai dalam harian, boleh juga kita buat dalam jangka tempoh mingguan atau bulanan.

Mia hanya bagi pendekatan kepada pengunjung yang konsisten. Bukan senang nak dapatkan pengunjung yang konsisten setiap hari tetapi kita kena pandai bahagikan masa untuk membuat aktiviti berblog secara konsisten. Selain dari blogwalking dan update blog secara konsisten, kita boleh buat segmen atau giveaway secara konsisten.

Sebagai contoh, macam Mia. Kalau kat blog ini, Mia dah maintain buat segmen bloglist setiap 2 bulan dan juga segmen nak url setiap sebulan. Lebih kurang macam itulah kaedahnya. Ada juga boleh buat yang lain-lain. Ikut suka kita. Asalkan kita tahu menghargai pengunjung yang datang ke blog kita. Contoh lain, mungkin sekali sekala boleh buat entri yang berinformasi, entri yang dicari-cari pengunjung di enjin carian atau lain-lain entri yang bermanfaat.

Kadang kita perlu tahu kelebihan blog kita dan gunakan sepenuhnya bagi memastikan pengunjung suka dan nak datang lagi ke blog kita.

Sekadar pandangan Mia. Harap dapat memahami dengan jelas.... mesej  yang Mia nak sampaikan.

mood membebel kembali lagi....

Slot Siri Bebel Tentang Blog
Bebel Tentang Blog (1)
Bebel Tentang Blog (2)
Bebel Tentang Blog (3)

Bebel Tentang Blog (4)