Bebel Tentang Blog (4)

Saturday, May 24, 2014

Bebel Tentang Blog (4)



Blog itu nampak biasa. Tuannya pun bila dilihat gambarnya pun nampaknya blogger biasa. Kehidupannya pun biasa. Kawan-kawannya pun biasa. Tiada apa pun yang istimewa tentangnya. Semuanya biasa. 

Blogger itu adalah orang biasa yang mempunyai blog. Blog yang sentiasa boleh diakses 24 jam tanpa henti dengan capaian internet. Sesiapa pun boleh jadi pengunjungnya. Tidak terbatas. Tanpa had. Percaya atau pun tidak, jiran atau rakan yang rapat pun kadang tak tahu yang kita ini ialah seorang blogger.

Yang bestnya... blogger itu ada blog. Ada penulisannya. Ada pengikutnya. Ada media sosialnya. Ada komunitinya. Lebih-lebih lagi kalau blogger itu amat disenangi ramai sudah tentu begitu ramai pengikutnya yang setia. Setia di sini bermaksud sentiasa datang berkunjung ke blog kita tanpa jemu. Tanpa kira jenis entri yang di update sama ada santai atau berkualiti. Tetap akan meninggalkan komen sebagai tanda support kepada blogger yang diminati.

Mungkin ada persepsi lain tentang blog atau blogger. Tetapi bagi Mia setiap blogger ada kelebihannya tersendiri. Hargailah blog yang kita ada. Jadilah diri kita sendiri. Gunakan identiti dan niche yang sama. Biarlah pengunjung kenali kita dengan cara kita. Bukannya terikut dengan cara orang lain yang akhirnya akan mengelirukan pengunjung tentang identiti dan niche blog kita.

Kerana identiti dan niche blog itulah yang membezakan blog kita dengan blog orang lain. Memberikan nyawa, nafas dan kekuatan pada blog kita.

Contohnya. Blog seorang guru. Mungkin boleh ceritakan tentang sekolah, anak murid, kerjaya seorang guru, teknik mengajar dan lain-lain. Jadi, bila kita ke blog dia kita akan ingat ini blog cikgu sekolah. Walaupun kadang ada update kat blog tentang cerita lain, tetapi tetap akan ada juga cerita tentang sekolah.

Macam itulah. Bebelan secara santai...

mood membebel..

Entri berkaitan :
Bebel Tentang Blog (1)
- Bebel Tentang Blog (2)
- Bebel Tentang Blog (3)

60 comments:

  1. best kak.. kadang2 blogger baru mcm sy ni perlu belajar sedikit demi sdikit.. hihi..

    ReplyDelete
  2. kan dh kena bebel ngan kak mia.
    hehe..
    bebelan kak mia mmg bisa

    ReplyDelete
  3. banyak kelainan menjadikan kita bertambah menarik :)

    ReplyDelete
  4. betul tu kak mia...identiti blog dan blogger itu juga sebenarnya penting..sama ada kita nak orang mengenali kita dengan cara positif atau negetif, itu terpulang kepada blogger itu sendiri..hehehe

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau elok biarlah yang positif.... thanks lan..

      Delete
  5. Yup..be ourselves.
    * Blog saye xde niche pun. Tapi, saya suke sharing whatever yang saya tau.
    * To ALL BloGgers, do come & join me..
    http://drshikinzainal.blogspot.com/2014/05/setulus-kasih-ibu-contest.html

    ReplyDelete
  6. terbaik kak mia.. :) setiap bebelan kak mia akan diingat dan cube diperbaiki pelan2.. :)

    ReplyDelete
  7. hurm.. be yourself always in your blogging :)

    ReplyDelete
  8. Terfikir juga... 'jiran aku tahu ke aku ada blog?' hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. yang tu... rasanya ramai jiran tak tahu kot.... kecuai jenis yang suka ngadap internet.. mungkin akan tahu...

      Delete
  9. stuju dgn akk =)

    suka blog sndiri.. eh boleh? Hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah yang sepatutnya.. sayangi blog sendiri dulu...

      Delete
  10. betul. kadang-kadang kawan rapat pun tak tahu yang kita ni ada blog. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah kan.. macam best je ada rahsia.... hehehe last2 kantoi masa diorang search kat google, jumpa blog kak mia. aduiii.. hehehhe

      Delete
  11. So true..nak bina identity tak senangkan..Blog ni somehow memperkenalkan siapa diri kita sebenar..

    ReplyDelete
  12. kalau blog seorang cikgu pasti pembacanya dalam kalangan anak murid, rakan-rakan guru dan sesiapa saja yang mencari maklumat di blog tersebut.

    jangan terkejut bila pergi ke mana-mana seperti bercuti mahupun kursus di luar sekolah, tiba-tiba anda ditegur, "ini A kan? pemilik blog A.com tu"

    * kejadian seperti ni pernah terjadi pada diri ciklaili.com sendiri. hihi!

    ReplyDelete
    Replies
    1. wahhh... glamernya cik laili... hebat tu..

      Delete
  13. Biar ada identiti sendirikan kak mia..

    ReplyDelete
  14. keunikan seorang blogger dan blog nya..saya setuju kak.. ^_^

    ReplyDelete
  15. tu la yg masih buat nisa nak blog...memang minat nak berblog..

    ReplyDelete
  16. setujuu // haha.. mesti ad identiti sendiri kan? kna bnyak blajar lgi neh.. huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. selamat belajar ya.... takpe.. slowly..

      Delete
  17. assalamualaikum mia...yer la kekadang terfikir juga adakah kawan2 tahu yg kita ada blog...sentiasa syg blog sendiri walaupun blog itu biasa n simple...:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumussalam mama... yupp.. sebab itu cerita kita...

      Delete
    2. assalamualaikum mia..betul tu...:)

      Delete
  18. betul tu kak mia..ni br bljr2 bt blog..cuba utk mengedentitikan blog dengan identiti sendiri n bukan copy dr mana2 blog..

    ReplyDelete
  19. Setuju... Setiap blogger ada keistimewaan sendiri.. Walaupun isu yg smaa... Ada kupasan dan tarikan tersendiri...

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks maria... penulisan kita yang berbeza...

      Delete
  20. Assalammualaikum...kak mia,

    bagi mselim3 .. kisah apa yang dipaparkan dientry mselim3 akan sentiasa menghargai dan menghormati nya... setiap blogger ada idea dan pandangan masing2.. kan.

    mselim3

    ReplyDelete
  21. Kekalkan Indentiti... Yang penting apa yang di sampaikan itu bermanfaat untuk pembaca.

    ReplyDelete
  22. setuju ngan kak mia.. kdg2 zz sndiri jemu dgn blog zz.. blh ke mcm tu?hihi..kdg2 rasa mcm x de stand je..

    ReplyDelete
  23. salam kenal ...ya itu lah blog happy bloging

    ReplyDelete
  24. akk ni suka citer byk benda, nak cari niche memang susah...hhee

    ReplyDelete
  25. setiap blogger ada kelebihan masing² :) happy blogging!

    ReplyDelete
  26. Setuju! Menulis dengan cara tersendiri.. Tak perlu nak terikut2 sangat dengan cara penulisan orang lain kan kak? Santai ke berinformasi ke, yang penting hasil tulisan sendiri.. ^__^
    Rosmiza Ali Official Blog™

    ReplyDelete

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.