Berblog ni... perlu berterusan. Yang penting, kena ada semangat yang kuat. Bila ada semangat, pasti berkobar-kobar nak berblog. Semangat sangat ni. Sibuk macam mana pun, pasti akan luangkan masa sedikit untuk berblog. Betul tak? Hmmm... alangkah bestnya kalau semangat yang ada tu jadi suntikan dan perangsang untuk kita meneruskan berblog. Macam update blog secara konsisten. Tak pun.. blogwalking secara konsisten. Boleh jadi setiap hari. 2 hari sekali. Ikut kesesuaian kita dan buatlah secara berterusan.

Semangat yang macam ni, sangat susah nak ada. Bila dah ada, kena teruskan jangan berhenti di tengah jalan. Sayang dibiarkan macam itu saja. Kadang semangat macam ni timbul, bila kita terinspirasi. Contohnya blogger ni sibuk, boleh pula konsisten dan maintain momentum berblog secara berterusan. Hah.. kat situ, timbul keinginan di hati, nak juga cuba macam blogger tu. Selalunya memang macam tu.

Tak semua blogger ada semangat yang gigih untuk berblog secara konsisten dan berterusan. Mungkin ada sebab tersendiri. Tapi tu lah... dah ada blog kan... sayangnya nak biarkan ianya terkubur begitu saja. Cuba tengok blog sendiri dalam-dalam... Renung sejenak. Rasa apa?

Kadang kan... bila kita tengah seronok aktif update blog dengan bilangan pengunjung yang konsisten. Trafik blog pun cantik. Tiba-tiba kita berhenti berblog seketika. Tak update blog. Trafik blog berkurangan. Hmmm... lepas tu kalau nak aktif semula kena buat balik. Cari pengunjung semula. Blogwalking banyak-banyak balik. Buat entri SEO (Search Engine Optimization) dan pelbagaikan jenis entri. Bukan senang nak naikkan blog semula seperti sebelumnya. Fiuhhh... kena ada semangat yang betul-betul kental ni.

Cuba tanya diri sendiri. Pernah tak... rasa bersalahnya dalam diri bila dah lama tak update blog? Pernah tak.. terfikir perasaan pengunjung yang datang ke blog kita ni excited / teruja nak baca entri terkini kita? Pernah tak.. rasa sedih bila blog sendiri tiada pengunjung yang datang?

Jawapannya.. sebab itu kita kena aktif berblog. Semangat berblog kena ada. Bukan untuk kita saja bahkan untuk pengunjung setia blog kita yang selalu datang ke blog kita walaupun kita sendiri tak kenal mereka.

Berkat semangat yang gigih dan kental inilah.. terhasilnya blog yang sentiasa berupdate, pengunjung yang setia, mesra dengan pengunjung, dapat membantu menyebarkan maklumat dan pengalaman, dapat jana pendapatan sampingan dan yang terakhir sekali kepuasan berblog dapat dinikmati. Rasa happy je... hilang segala stres.

nak seribu daya...

Entri yang berkaitan :