Hmmm... Sejak petang semalam Mia cuba install aplikasi Bloggeroid dan mula gunanya untuk entri Selamat Hari Ibu memandangkan tengahari semalam semasa nak update blog, kisah pisang tanduk Mia ada masalah dengan blogger-droid di handphone ini.

Dua hari lepas, notebook Mia yang baru lepas pulih dibaiki selama 3 bulan, rosak kembali. Baru pakai dalam sebulan ni, tup-tup rosak kelmarin. Geramnya. Microchip grafik yang diganti baru tempohari telah failure. LCD monitor gelap, tidak boleh hidup. Spare part ni tiada di sini. Kedai komputer kena order dari luar negara. Tak tahulah nak kena tunggu berapa lama lagi nanti. Jadi, terpaksalah guna handphone untuk update blog. Nasib kat rumah memang ada satu komputer desktop. Mia lebih selesa update blog guna handphone sebab leceh nak transfer gambar ke komputer. Selalunya kalau guna notebook, lebih selesa transfer gambar dengan bluetooth.

Nak dijadikan cerita. Kira review jugalah ni. Aplikasi Blogger-droid ni dah macam lain sedikit. Tak macam dulu. Sekarang dah ada paparan iklan di bahagian atas Post Editor yang kadang-kadang menyakitkan mata. Lepas itu, apabila klik Publish terus keluar mesej Video pula. Takkan nak tekan Yes. Tentulah tekan No. Apabila Mia buka blog kat browser rupanya ada 2 update sekaligus. Mula-mula entri yang kita buat tadi. Lepas itu, entri kosong yang hanya ada tulis Published with Blogger-droid. Cepat-cepatlah Mia buka Blogger Dashboard kat browser dan delete entri kosong tersebut. Bloglist pula dah update. Hanya ada nama blog sahaja, tiada nama entri. Sebab entri kedua yang terPublish itu kan kosong. Angin betul Mia semalam. Lepas setengah jam barulah kat bloglist tertera kisah pisang tanduk tu. Terus serik tidak mahu guna lagi Blogger-droid. Takkan setiap kali update entri, nak kena delete entri yang kosong tu...

Tindakan segera seterusnya petang semalam... Ada juga dalam beberapa aplikasi yang Mia download dari Google PlayStore dan install ke handphone. Cuba punya cuba, ternyata aplikasi Bloggeroid menepati citarasa Mia. Baru dapat menarik nafas lega...



Syukur.... selesai masalah Mia. Selepas ini akan guna aplikasi Bloggeroid untuk update blog. Esok akan gerak ke Kuala Lumpur untuk hadiri kursus tanpa notebook di sisi. Terpaksa senyum walaupun hati gundah gulana.

nasib ada handphone Samsung Galaxy S Advance ini... masih dapat update blog secara konsisten...

Entri berkaitan :
Cara-Cara Update Blog Secara Mobile Dengan Bloggeroid
Guna Memo Untuk Simpan Coding HTML

posted from Bloggeroid