Musim cuti sekolah yang lepas, kami sekeluarga telah pun pergi mandi-manda di air terjun Kota Tinggi. Anak saudara Suami Mia, Firdaus pun ikut sekali. Sebelum cuti sekolah lagi, Sofea dah sibuk nak sangat mandi air terjun. Untuk tidak menghampakan harapan Sofea, Mia telah membuat tempahan melalui Agoda.com dan alhamdulillah ada satu lagi bilik yang kosong. Rezeki Sofea. Kami menginap untuk satu malam.

Jom tengok gambar kami semasa mandi di air terjun Kota Tinggi. Rasa sejuk airnya. Mula-mula jejakkan kaki ke air, memang terjerit-jerit Sofea. Bila dah masuk dalam air, berjam-jam mandi pun sanggup. Bila diajak keluar, payah betul.




Selepas dah puas mandi dengan pelampung sendiri, mulalah Sofea bising nakkan pelampung yang besar dan nak main gelungsur air. Berani betul Sofea. Rasanya 7 kali round dia main gelungsur air dengan Firdaus kemudian 1 kali round dengan Mia. Kecut betul hati Mia, risau kot-kot bila dah sampai ke bawah boleh terbalik. Alhamdulillah, tidak terbalik. Lega. sekali sahaja Mia naik gelungsur itu, berderau darah ini sebab laju bila turun. Sofea pula suka dan tidak takut, siap cakap dengan Mia, "Mama jangan takut, Sofea ada ni". Layankan sahajalah karenah Sofea.







Bila dah penat rehat sebentar sambil minum air. Kemudian, aktiviti mandi-manda bersambung lagi di kolam renang Kota Tinggi Waterfalls Resort. Memang tidak tahu penat Sofea ini. Bab-bab mandi ni, memang dia suka sangat.




Nampak tak? Seronoknya Sofea berenang sambil ditemani Firdaus. Kami hanya duduk santai-santai di tepi kolam sambil perhatikan gelagat mereka. Sofea mula-mula berenang dalam kolam renang kanak-kanak dan kemudian kolam renang dewasa.




Di Kota Tinggi Waterfalls Resort, hanya ada 2 talian telekomunikasi sahaja yang mendapat liputan iaitu Digi dan Celcom. Kalau guna broadband Celcom pun hanya dapat signal Edge. Bilik hotel yang kami tempah tiada televisyen dan apabila menjelang malam memang kena pasang ubat nyamuk elektrik di dalam bilik bagi mengelakkan agas dan nyamuk.

Kawasan air terjun ini sungguh tenang dan mendamaikan. Sesuai untuk aktiviti riadah dan cuti untuk satu keluarga. Hilang segala masalah buat seketika. Yang penting kita dapat bermesra luangkan masa bersama keluarga.

opppsss.. Mia tiada dalam gambar sebab jadi tukang ambil gambar.... (^_^)