Tahniah diucapkan kepada Shaila kerana terpilih memenangi Segmen Follow & Blogwalking #3. Marilah sama-sama kita terjah entri terbaik Shaila...


Saya Pelajar Jurusan Seramik

"Hai..hai..entry shaila kali ini adalah berkisarkan tentang pengalaman shaila menjadi pelajar jabatan seramik. Seramik adalah khusus yang shaila ambil semasa menuntut  di universiti.. Khusus seramik ini, shaila ambil selama 5 tahun iaitu 3 tahun di UITM Seri Iskandar, Perak dan 2 Tahun di UITM Shah Alam.

Cita-cita asal shaila adalah ingin menjadi guru seni halus.. tetapi apabila pergi temuduga sekali dapat khusus seramik.. jadi terpaksalah menguburkan cita-cita untuk menjadi guru seni halus dan menyahut cabaran mengambil khusus dalam bidang seramik walaupun pada mulanya agak blur dengan khusus ini.

Okay sebelum itu,apa itu seramik? Seramik adalah bahan yang dibuat daripada tanah tanak liat kemudian dia dibuat, dikeringkan, dan dibakar. Seramik bukan sahaja pasu tau ia boleh jadi pinggan mangkuk, cawan, tile,hiasan dan sebagainya. Sepanjang shaila mengikuti khusus ini tidak dinafikan banyak cabaran dan dugaanya terutama apabila produk yang kita hasilkan tidak menjadi dan tidak menampakkan hasil yang memuaskan.

Selain itu kita kena pandai membahagi masa kerana masa memainkan peranan yang penting dalam memastikan produk siap mengikut tarikh yang ditetapkan oleh pihak universiti."

Tertarik untuk ketahui cara-cara pembikinan seramik? 
Selanjutnya, klik SINI untuk terjah.

Wah... teruja betul Mia bila terjah entri Shaila ini. Kali pertama melihat proses pembikinan seramik secara bergambar. Kalau ada video, tentu lagi seronok. Tak sangka juga ya, di UiTM ada juga ditawarkan jurusan ini. Rasanya perlukan daya kreativiti yang tinggi untuk menghasilkan seramik yang menarik. Syabas ya Shaila!

jemput berkenalan dengan Shaila..