Hari ini adalah suatu hari yang paling istimewa buat kaum lelaki yang bergelar bapa atau ayah. Hari Ahad, bertarikh 16 Jun 2013, jadikanlah hari minggu ini sesuatu yang istimewa buat mereka.

Selamat Hari Bapa buat Ayah Mia dan Suami Mia begitu juga dengan semua pengunjung blog ini yang bergelar bapa. Pengorbanan seorang bapa dalam mencari rezeki membesarkan anak terlalu besar nilainya. Di kala susah sanggup adakan duit supaya anak tidak merasakan kesusahan itu. Tingginya cita-cita seorang bapa untuk melihat anaknya berjaya dalam pelajaran sehingga ke Universiti.


Nasihat-nasihat dari seorang ayah kepada anak-anaknya. Jemput baca...

Bukan mudah apabila sudah menjadi seorang ayah. Banyak dugaan dan rintangan yang ditempuhi namun tabah menghadapinya bagi menjadikannya kenyataan. Bukan senang untuk membesarkan anak-anak di samping mendidik dan melayan karenah mereka.

SELAMAT HARI BAPA!

hormati dan hargai seorang insan bergelar bapa... jasanya tidak ternilai harganya...