Sebenarnya menjadi blogger bukannya mudah. Apabila blog boleh diakses pada bila-bila masa dan di mana jua oleh sesiapa sahaja, sudah tentu ada segelintir pengunjung tidak puas hati hati dengan kita.

Masa newbie manalah tahu sangat. Masih belajar dan mencari-mencari. Identiti blog masih  tidak jelas. Blog pun bukannya cantik sangat masa itu. Nak loading pun berat dan macam-macam ada  di laman utama.

Mia memang tidak lari dari menerima kutukan atau teguran dari dahulu sehinggalah sekarang.

Antara yang dikutuk atau ditegur... (ada lagi yang lain, tapi ini sahaja yang penting)
  1. loading berat
  2. entri merapu
  3. entri copy paste
  4. gambar besar
  5. widget banyak yang serabut
  6. tiada identiti
  7. comment moderation
  8. tidak mesra
  9. blog membosankan
  10. berlagak dan sombong
  11. blog panjang ke bawah dan leceh untuk scroll ke bawah
Memanglah masa itu, Mia ini siapalah kan.... blogger biasa sahaja. Bila tanya pada blogger-blogger otai, senyap dan membisu. Emel tidak berjawab. Sedihnya. Tak tahu nak tanya siapa. Nak belajar berblog pun, terpaksa belajar sendiri dan jadi silent reader. Bayangkan pada 2-3 tahun yang lepas, penggunaan facebook, twitter dan blog tidaklah sehangat sekarang. Dahulu merupakan kehendak, sekarang sudah menjadi keperluan.

Kalau ditegur atau dikutuk dengan ayat yang sopan, tidak mengapalah. Masih boleh diterima lagi. Tapi ini, dengan kata-kata yang kurang sopan. Kalau tidak kuat semangat memang boleh berhenti berblog. Cepat-cepat sedar dan berhenti daripada memikirkan yang negatif. Berfikiran negatif bukanlah jalan penyelesaiannya.

Masih ingat lagi, pada tahun 2010 itu, masa kena kutuk, Mia terus menangis dan dipujuk oleh Suami Mia dengan aiskrim cornetto. Memang terlalu sedih sangat. Tapi hati kena cekal dan kuat. Lalu Mia ambilnya sebagai positif dan jadikannya batu loncatan untuk terus maju ke hadapan dalam dunia blog.

Bagus sebenarnya kalau ada yang tegur dan kutuk blog kita ini, bolehlah kita tahu apa yang tidak kena dengan diri kita dan tidaklah kita ini berblog versi syok sendiri. Perlu diingatkan tidak semua yang boleh kita ubah. Jangan terlalu ikutkan sangat. Buatlah perubahan seadanya dan mengikut kemampuan  kita.

Antara perubahan yang Mia telah lakukan.. (sekadar perkongsian pengalaman Mia)
  1. Meringankan blog seringan-ringannya dengan membuang mana-mana widget yang tidak diperlukan, menukar layout blog kepada 2 column daripada 3 column, mengurangkan penggunaan coding yang mempunyai rujukan luar dari blog dan memperkemaskan layout blog dengan background berwarna putih.
  2. Entri di blog dipelbagaikan mengikut label, kesesuaian citarasa pengunjung dan diindeks oleh enjin carian.
  3. Entri copy paste akan dinyatakan sumbernya dengan perenggan pertama dan akhir adalah daripada penulisan Mia. Di ruangan tengah entri ialah petikan copy paste yang di italic kan.
  4. Skala gambar dikecilkan sedikit sekiranya di dalam entri ada banyak gambar.
  5. Bina satu identiti yang boleh buat semua pengunjung ingat sampai bila-bila. Slogan yang digunakan ialah Smile... Smile... Smile... sudah tentulah Mia akan sentiasa tersenyum...
  6. Buang comment moderation supaya pengunjung senang nak tinggalkan komen
  7. Mesrakan diri dengan blogger-blogger lain. Maklumlah Mia ini kan peramah orangnya.
  8. Ceriakan blog dengan aktiviti yang menarik dan menyihatkan. Macam-macam yang Mia buat iaitu kuiz, giveaway, segmen, jadi sponsor, carta pengkomen tegar dan aktiviti yang paling terbaru ialah dengan mendidik protege.
  9. Pendekkan blog supaya tidak terlalu panjang ke bawah, paling banyak pun 3 hingga 4 kali tekan butang page down ke bawah. Jumlah entri di laman utama blog dikurangkan kepada 3 hingga 4 entri mengikut kesesuaian dan juga seimbang dengan panjang side bar blog.
  10. Supaya tidak dikatakan berlagak dan sombong, Mia hulurkan bantuan pada blogger-blogger yang menghadapi masalah dengan blog sebab Mia pernah rasa sebelum ini, di saat gawat, tiada siapa hulurkan bantuan pada Mia. Memang sedih. Mia tidak mahu perkara yang Mia pernah alami berlaku pada blogger-blogger baru sekarang. Diakui memang tidak termampu nak tolong semuanya, tapi Mia hanya tolong mana yang Mia termampu dan di kala ada masa yang terluang. Suka dapat tolong orang, dan rasa happy sangat. Selain itu, Mia akan hargai sesiapa sahaja yang bertandang ke blog ini tidak kiralah blogger baru ataupun lama. Semuanya sama di mata Mia. Kisah Mia semasa belajar di OUM pula, Mia harap dapat menjadi inspirasi kepada pelajar lain supaya dapat belajar bersungguh-sungguh tanpa mengabaikan tanggungjawab lain.
Kesimpulannya di sini, semuanya terletak pada diri kita sendiri dan cara kita menerima kutukan dan teguran itu sama ada positif atau pun negatif. Jangan susah hati. Komuniti blogger ini tersangat besar. Sentiasa belajar dan terus belajar untuk berblog dengan berhemah. Masa pasti akan merubah segalanya...

hanya yang mengalaminya pasti tahu perasaannnya bagaimana....