Menariknya tajuk ini apabila Mia lihat di timeline facebook Suami Mia. Betul ke tidak ini? Macam tidak percaya sahaja. Baru kali pertama Mia dengar tentang perkara ini. Tidak sangka betul, daun sup yang selalu kita gunakan dalam masakan sebenarnya mempunyai khasiat atau kelebihannya sendiri.

Mia kongsikan di sini...

Cuci Buah Pinggang Dengan Hanya RM1.00?



Selama bertahun-tahun kita menggunakan buah pinggang dalam proses biologi badan.

Kandungan garam dan racun yang kita tidak tahu betapa banyak jumlahnya, dan kita tidak pernah mencucinya kecuali bagi yang bermasalah sahaja. 

Tahukah anda dengan hanya RM1.00, anda mampu mencuci buah pinggang yang banyak berjasa pada kita ini??

Caranya mudah sahaja.

Beli seikat daun SUP, cuci bersih-bersih , potong kecil2 , masukkan kedalam periuk , masukan air bersih , didihkan untuk sepuluh minit sahaja.

Sejukkan , tapis , masukkan kedalam botol yang sesuai dan disimpan dalam peti sejuk

Amalkan meminumnya segelas sehari...

Insya Allah anda akan rasa perubahannya...

Segala kandungan garam dan racun2 akan dikumuhkan melalui air kencing. 

Daun SUP telah diketahui sebagai satu kaedah rawatan pembersihan yang terbaik untuk buah pinggang kita dan ia adalah semula jadi! 

Selamat Mencuba......

Sumber : SINI

Sumber dari bahan semulajadi rasanya tidak akan mendatangkan kesan sampingan kepada kita. Tidak salah kalau kita hendak mencuba dan merasakan perubahannya. Buah pinggang pun merupakan organ yang penting dalam tubuh badan kita. Jagalah kesihatan diri sebelum terlambat...

sayangi diri kita...