Tahniah diucapkan kepada Zamani kerana terpilih memenangi Segmen Follow & Blogwalking #3. Marilah sama-sama kita terjah entri terbaik Zam...

Akibat Blogger Tidak Pantau Komen Lucah

"Mungkin anda pernah ke beberapa buah blog dan menjumpai komen-komen yang dilontarkan oleh pembaca lain yang tidak menyenangkan anda. Mungkin kerana ia berbunyi lucah atau terlalu kasar. Pendapat Zam, rasanya blogger perlu pantau komen-komen seperti ini dari terus berleluasa tersiar di entri mereka. Padam terus komen komen seperti itu, atau sorokkan dulu komen komen pembaca sebelum dipilih dan disahkan untuk dipamerkan di blog.

Tak faham juga Zam sebenarnya dengan sikap sesetengah blogger yang membiarkan komen komen dan perdebatan yang bukan bukan di ruangan komen entri mereka. Adakah kerana ingin menarik trafik apabila menjadikan blog mereka tempat melahar dan membincangkan gosip dan isu panas secara tak berilmiah?

Bukan apa, bila tak dipantau dengan baik, seolah olah menggalakkan lagi kegiatan tak berfaedah tu di masa akan datang."

Siapa blogger yang Zam kaitkan dalam entri tersebut. Untuk ketahui selanjutnya, klik SINI.

Ruangan komen kadangkala boleh disalahgunakan oleh pengunjung dengan meninggalkan komen yang tidak sepatutnya yang boleh mengundang kemarahan tuan blog sendiri dan pengunjung lain. Sebagai blogger, kita harus pantau supaya ianya tidak berleluasa dan mengakibatkan kejadian lain yang tidak diingini. Mia pun tidak terkecuali daripada perkara. Setiap kali online, Mia akan semak komen-komen yang ada, dan sekiranya terdapat komen yang tidak menyenangkan, cepat-cepat Mia buang terus. Zaman sekarang sudah terlalu canggih dan teknologi maklumat telah berkembang dengan pesatnya, tidak mustahil cyber crime akan terjadi. Oleh itu, berwasapada dan sentiasalah berhati-hati dalam dunia di hujung jari ini.

jemput berkenalan dengan Zam...