Apa yang terfikir di minda kita apabila melihat gambar di bawah ini. Kelihatan masjid tidak menerima ramai pengunjung jika dibandingkan dengan premis yang lain contohnya mahkamah, panggung wayang, pasaraya, pasar dan tempat bersukan.

Apabila masjid menjadi kosong nanti, siapakah kelak yang akan memakmurkan masjid. Terlalu sibuk dengan urusan sendiri dan kerjaya? Generasi kita yang akan datang? Atau kita sendiri yang perlu memulakannya.. 

Sungguh menyedihkan..


Walaubagaimanapun. tidak semua masjid di Malaysia kosong, cuma ada segelintir sahaja. Namun begitu, perkara ini tidak boleh dipandang ringan. Mungkin 10 hingga 20 tahun lagi akan berlaku dan kita pun tidak akan tahu apa yang akan berlaku di kemudian hari. Mohon dijauhkan.

Surah Al-Baqarah Ayat 114 bermaksud : 
"Dan siapakah yang lebih zalim daripada orang-orang yang menyekat dan menghalang daripada menggunakan masjid-masjid Allah untuk (sembahyang dan) menyebut / mengingati nama Allah di dalamnya, dan dia berusaha pula untuk meruntuhkan masjid-masjid itu? Orang-orang yang demikian, tidak sepatutnya masuk ke dalam masjid-masjid itu melainkan dengan rasa penuh hormat dan takut kepada Allah (bukan secara yang mereka lakukan itu). Mereka (dengan perbuatan itu) akan beroleh kehinaan di dunia, dan di akhirat kelak mereka mendapat azab seksa yang amat besar."

Surah At-Taubah Ayat 18 bermaksud :
"Hanyasanya yang layak memakmurkan (menghidupkan) masjid-masjid Allah itu ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat serta mendirikan sembahyang dan menunaikan zakat dan tidak takut melainkan kepada Allah, (dengan adanya sifat-sifat yang tersebut) maka adalah diharapkan mereka menjadi dari golongan yang mendapat petunjuk.

Riwayat Abu Nu'aim, daripada Al-Hakim bin 'Umair bermaksud :
"Hendaklah kamu sekelian menyedari bahawa keberadaan kamu di dunia ini sebagai tetamu jemputan sahaja. Dan jadikanlah masjid-masjid itu sebagai rumah kamu (melaziminya dengannya). Dan hendaklah kamu latih atau biasakan hati kamu dengan berzikir dan berfikir secara lembut dan tenang. Dan hendaklah kamu banyak berfikir dan menangis di atas kesalahan kamu dan jangan terkeliru dengan hawa nafsu. Bermakna kamu mengadakan rumahtangga yang mana lebih dari hajat dam kamu himpunharta lebih daripada perlu dan kamu berangan-angan barang yang tidak akan kamu mendapatkannya."

tiba-tiba terfikirkan masjid pagi ini semasa bangun tidur di kala azan subuh berkumandang, dan terus dapat idea untuk menulis entri ini...