Pada hari Sabtu 22 Jun 2013 yang lepas, Mia, Suami Mia dan Mak Mia menghadiri Hari Terbuka Tadika Ilham Sarjana. Paling teruja sebab Sofea masuk pertandingan bercerita. Kisah yang diceritakan ialah Si Arnab dengan Kura-Kura. Pada hari yang sama juga, ibu bapa yang hadir turut mengambil Penyata Rekod Pencapaian Setengah Tahun sambil berbincang dengan guru tadika.

Jom kita tengok.. (sila klik pada gambar untuk besarkan)

dengan rakan-rakan yang juga masuk pertandingan bercerita
(campur dengan rakan yang 4, 5 dan 6 tahun)

 tengah hilangkan nervous Sofea

sedang bercerita di depan. kami di belakang bagi sokongan
go Sofea.. go...

betul-betul tak sangka, Sofea boleh dapat Johan Pertandingan Bercerita 

dengan Cikgu Fatin
(bakal meninggalkan tadika ini kerana melanjutkan pelajaran)

sedang berbincang tentang prestasi pembelajaran Sofea 

alhamdulillah... semua subjek dapat A 

hadiah yang dibawa pulang

Tersenyum simpul Mia dan Suami Mia. Syukurlah, pelajaran Sofea di tadika ini bagus dengan guru tadika yang begitu prihatin terhadap perkembangan Sofea. Apa-apa aktiviti akan di update melalui facebook.

banyak mewarisi bakat Mia...