Mood merajuk
Agak menyedihkan sebenarnya apabila pihak Naili Shoppe hubungi Mia menyatakan salah seorang pemenang Giveaway untuk cabutan bertuah yang kedua tidak menuntut hadiah RM10.00 hampir sebulan walaupun telah dihubungi melalui blog dan facebook. Macam mana Mia nak buat Giveaway besar-besaran sempena 10,000 followers nanti sedangkan Giveaway yang sebelum ini pun, hadiahnya tidak dituntut.

Mood suka
Aktiviti didikan Protege Kedua, Farah akan bermula pada minggu depan. Memang Farah nampak teruja betul nak belajar dengan Mia dan Eraz. Jadual aktiviti akan dibincangkan dan diharap Farah dapat melaksanakan tugasan setiap mingguan dengan jayanya selepas ini. Banyak perubahan yang harus dilakukan tetapi semuanya akan dibuat satu persatu dengan teliti. Perlu diingatkan Mia hanya ajar berdasarkan apa yang Mia tahu dan pengalaman Mia sepanjang berblog sehingga sekarang. Eraz juga akan membantu Farah nanti.

Mood susah hati
Dalam seminggu dua ini ada juga beberapa blogger yang meminta pandangan dan komen Mia tentang blog mereka. Bukannya Mia ini pandai sangat dan tidak mahulah dikatakan memandai pula. Dengan berat hati, Mia pun berikan komen yang membina dengan kata-kata paling sopan. Risau juga takut tersalah bagi komen nanti merajuk.  Sekadar pandangan daripada Mia. Nak ikut, boleh.... Tak ikut, pun boleh...

ada 3 jenis mood di kala ini....