Minggu ini memang agak sibuk buat Mia. Mia menghadiri Bengkel Agriculture Flagship (AgF) 3-2013 pada 24 - 27 Jun 2013 dianjurkan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia (MOA) di Nilai Springs Resort Hotel. Ramai orang-orang kuat ICT yang hadir dari gred 29 sehingga ke gred 54. Terasa kerdilnya diri ini.

Hari terakhir Mia tidak dapat join sebab ada kursus lain di Kuala Lumpur.

Bengkel ini banyak memberi pendedahan kepada peranan-peranan agensi di bawah MOA dan sedang dalam peringkat fasa 1 iaitu fokus pada industri padi dan beras negara dari segi penanaman, teknologi, pengairan, benih dan lain-lain. Aktiviti yang dibuat semasa siri 3 ini ialah menyiapkan Business Requirement System dan User Requirement System. Kiranya perah otaklah ni.

Gambar sebagai kenangan...














Pagi, petang, siang dan malam. Letih jugalah. Tapi seronok....

siri 1 dan 2 sebelum ini, tidak dapat join. Ada komitmen kerja yang lain...

posted from Bloggeroid