Memperkenalkan lagu Hanya Satu dendangan Epy dan Ardiv, artis baru dalam industri muzik tanahair Malaysia. Belum dengar belum tahu... dah dengar nak selalu...



Lirik Lagu Hanya Satu
Aku, sungguh menyintai mu
Ku tak tahu sejak bila
diri ini
jatuh hati
namun ku tahu
ingin bersama mu
tapi malu hendak menyapa
risau nanti
ditolak lagi
kau bagai sinar mentari, hanya dapat ku kagumi, tak mungkin ku dekati 
kau bagai sinar pelangi, tiap saatku dengan mu, kau buat aku terpegun
Hanya satu, permintaan aku, buka pintu hatimu, akan ku cuba untuk
menggoda mu, dengan satu lagu, iramanya syahdu, ku nyanyikan untukmu
sayang
Aku, ingin menyoal mu
soal hati seribu hari
jika kau masih
berpunya lagi
tolong beritahu
ku susun sepuluh jari
untuk luah-kan isi hati
izinkan aku
tabahkan diri
kau bagai sinar mentari, hanya dapat ku kagumi, tak mungkin ku dekati 
kau bagai sinar pelangi, tiap saatku dengan mu, kau buat aku terpegun
Hanya satu, permintaan aku, buka pintu hatimu, akan ku cuba untuk
menggoda mu, dengan satu lagu, iramanya syahdu, ku nyanyikan untukmu
sayang

Dengar atau Download Lagu Hanya Satu (format mp3)
Klik SINI

Info Lagu Hanya Satu
Diterbitkan pada 17/05/2013
Lyrics by: Ardiv Jauhari
Arranged by: Ardiv Jauhari
Composed by: Ardiv Jauhari and Nabel Imran
Sang by: Rafsan Elfee (Epy)
Song Title: Hanya Satu
Copyright Sadi House Sdn. Bhd.



Epy dan Ardiv adalah hasil daripada gabungan dua orang sepupu iaitu Epy sebagai penyanyi dan Ardiv sebagai pencipta lagu dan penyanyi latar. Kumpulan ini ditubuhkan kerana Ardiv ingin membina satu platform untuk mempamerkan komposisi beliau sendiri mengikut jejak langkah ayahnya, Johari Teh yang dahulunya aktif di dalam industri muzik Malaysia dan pernah mencipta lagu untuk nama-nama besar industri muzik seperti Ziana Zain, Awie, Siti Nurhaliza, Ning Baizura dan ramai lagi.

Setelah menghabiskan masa bertahun-tahun untuk mencari penyanyi untuk komposisinya, tanpa disedari Epy (sepupunya sendiri) mempunyai bakat menyanyi yang dicarinya itu. Sejak penubuhan band "Epy & Ardiv" pada Jun 2012, mereka telah memenangi beberapa pertandingan muzik dan antara yang terbesar ialah:  "Youtube To Youlive" anjuran Laundry Bar dan "Passport To Fame" anjuran Mega Ultimate.

Genre muzik yang dipilih adalah daripada gabungan muzik Pop, Acoustic dan Reggae manakala lirik pula berunsurkan cinta terhadap teman, kekasih, keluarga dan sesama manusia. Berhasrat dan berazam tinggi untuk mengikut jejak langkah penyanyi-penyanyi generasi baru seperti Yuna, Aizat Amdan, Bedroom Sanctuary dan Amir Jahari dengan menyelitkan elemen moden dalam karya yang dihasilkan.



Jom kita tonton Epy & Ardiv - Hanya Satu (Self Recorded Live Acoustic)




Marilah kita menyokong dan hargai bakat Epy & Ardiv dengan mengikuti perkembangan terkini mereka melalui laman sosial dengan hanya klik LIKE Fanpage dan SUBSCRIBE YouTube.


"Sokonglah industri muzik tanahair kita, Malaysia"
entri sticky post ini dimasukkan pada 7.01 pagi 10 Jun 2013.