Hari ini ialah hari ke 3 merangkap hari terakhir, Mia jadi orang Kuala Lumpur. Mia ke sini kerana menghadiri kursus, Liferay Developer Training bermula dari hari Isnin yang lepas.

Kali ini memang terlalu teknikal dan agak susah. Betul-betul perah otak. Kena buka mata besar-besar dan buat ikut seperti yang diajar. Tak boleh nak berangan sedikit, tertinggal beberapa langkah sahaja terus tidak menjadi. Berpinar-pinar mata dibuatnya.

Aplikasi yang digunakan ialah Eclipse Java EE IDE for Web Developers dan pgAdmin PostgreSQL Tools.

Jemput tengok gambar yang Mia ambil semalam..












Ilmu ini amat baru bagi Mia. Yang penting dapat faham pun sudah mencukupi. Kalau nak buat semula memang terkial-kial sambil belek nota.

ada lagi 2 sesi kursus dalam Transfer of Knowledge Program ini...

posted from Bloggeroid