Super Play Set Racket ini adalah mainan terbaru Sofea minggu ini. Biasalah setiap kali pergi Giant membeli barangan keperluan, Sofea akan minta mainan baru.

Kali ini dia berminat nak bermain raket dengan bola. Raket selalunya ada tali tangsi tapi yang ini gunakan plastik. Sesuai untuk kanak-kanak seperti Sofea. Tiadalah risau sangat. Selamat untuk bermain.

Nak main ini, kena main berdua. Nampaknya sama ada mak atau ayahnya yang perlu temankan Sofea bermain raket ini. Layankan sahaja asalkan Sofea suka dan gembira dengan mainan barunya ini.

berlatih dulu guna raket ini, bila dah pandai boleh tukar kepada raket yang betul...