Alatulis - Peralatan Yang Diguna Setiap Hari

Tiba-tiba terpandangkan set alatulis yang ada di depan mata Mia ni. Hmmm... terlalu penting dan sentiasa diperlukan setiap hari. Banyak betul pensel, sebab Mia suka conteng-conteng dan catit nota dengan guna pensel. Senang nak padam. Kat dalam mug yang comel ini ada macam-macam... pen, liquid paper, marker, gunting, highlighter dan pembaris. 

Baru perasan yang selama ini, setiap hari kita gunakan peralatan alatulis tanpa disedari. Cuba kalau tiada di depan mata, alamat kelam-kabutlah jadinya cari kat meja rakan-rakan sepejabat yang lain. Takkan nak pinjam setiap hari, tentu malu kan? Jadi lengkapkan koleksi peralatan alatulis di tempat sendiri. Kalau ada yang meminjam, kenalah faham-faham sendiri. Jangan nak memunya macam harta sendiri.

Eh! Perkara kecil macam ini pun boleh jadi gaduh. Bukan kaum wanita sahaja, kaum lelaki pun ada juga. Kat pejabat memang macam-macam karenah dan perangai orang. Kadang-kadang di depan je baik, di belakang tuhan sahaja yang tahu.

Ini sahaja koleksi yang Mia ada... zasss



p/s: bukan kedekut... cuma tak larat nak beli atau ambil yang baru...