Tempe goreng kunyit memang kegemaran Mia dan Suami Mia. Tempe juga boleh jadi lauk sampingan atau pun dimakan begitu sahaja dengan cicah sambal kicap. 

Sofea pula nampak macam kurang berminat dengan tempe. Mungkin kecil lagi. Kalau makan... sedikit sahaja. Lepas tu dah tak nak. Nanti dah besar tentulah suka makan tempe ini. Nak sedapkan hati.

Mia memang dibesarkan dengan makan tempe selain dari lauk sayur. Dari kecil sampailah sekolah menengah. Tempe goreng boleh dipelbagaikan dengan macam-macam cara. Ada yang suka letak ketumbar. Ada juga yang suka letak rempah kari. Ikut suka. Janji boleh masuk dalam mulut dan rasa kesedapannya.

Inilah cara Mia masak. Mia akan potong belah dua dan lumurkan dengan serbuk kunyit dan garam. Lepas itu terus goreng. Sudi-sudikanlah diri untuk berkongsi kalau ada resepi lain yang tersendiri untuk goreng tempe ini. Mana tahu Mia pun boleh upgrade cara Mia memasak ni...








p/s: bagus makan tempe ni, banyak khasiat dan boleh menajamkan minda katanya...