Nak Pilih Android Yang Mana Satu Ni?

Dah lama benar Mia memang berhajat nak memiliki satu android untuk kegunaan Mia. Nak yang besar, rasa macam tak sesuai. Mia lebih suka yang kecil sedikit saiznya supaya senang nak dibawa ke mana-mana. Sambil-sambil jalan bolehlah tengok blog, twitter dan facebook. Update status ke... balas komen ke...

Jeles juga tengok orang-orang di sekeliling pakai benda alah ini. Nak-nak masa meeting atau pun kursus. Hmmm.. Mia cuma mampu pandang sahajalah.

Dah lama Mia belek-belek. Itu yang rambang mata. Bukan senang nak buat keputusan. Kalau boleh... nak  yang terus boleh update blog guna ni secara mobile.

Jom kita tengok pilihan yang Mia berkenan... antara HTC One, HTC One S, Samsung Galaxy S Advance, Iphone 4S (bukan android, dah termasuk semasa ambil gambar.... siap susun berderet...), Samsung Galaxy S II dan Samsung Galaxy Note.

 


Pening juga Mia nak pilih. Tak tahulah. HTC paling mahal dan nampak bagus dari segi processor, cuma tak ramai orang yang guna. Samsung Galaxy Note pula ramai yang guna, tapi macam besar sedikit. IPhone 4S (bukan android), function Instagram susah sedikit nak guna katanya. Banyak faktor diambilkira, dari segi processor 4 atau Dual Core CPU, storage 16 GB atau 32 GB, camera pixel 5 atau 8 megapixel.... dan banyak lagi. Sampai Mia pun keliru.

Hajatnya memang nak beli satu, tapi belum buat keputusan sehingga kini, sebab tak nak tersalah pilih.

p/s: sesiapa yang dah guna silalah bagi cadangan.... terima kasih ya....